Welcome to my online portfolio. This e-portfolio is created to fulfill the assessment given for the subject Dynamics of Leadership UPPF 6033. Feel free to browse my profile, the overview of the course such as the lecturer's info, course materials, notes on Transformational Leadership, my classmates' presentation module, my reflections on each lesson that I have attended, my overall reflection and also my words of appreciation. Kindly browse through the menu on the page bar. Thank you.

Reflections

Refleksi 21 Januari 2021

WARNNIE MUSAH (MPP201072)

Hari ini saya belajar tentang pemimpin yang mempunyai kepimpinan autentik. Seorang pemimpin autentik merupakan seorang pemimpin yang mempunyai tahap integriti yang tinggi. Saya harap saya akan dapat mencapai semua ciri-ciri pemimpin autentik ini. Hari ini juga merupakan kuliah terakhir bersama dengan Dr Jamilah, entah kenapa saya rasa sangat sedih dan menangis pada hari terakhir kuliah. Saya harap saya akan dapat berjumpa Dr Jamilah lagi suatu hari nanti(nak peluk, tapi harap masa tu Covid dah lenyap dari muka bumi ini.).

Refleksi 14 Januari 2021

WARNNIE MUSAH (MPP201072)

Dalam kelas pada kali ini saya belajar mengenai Pemimpin Level 5. Seorang pemimpin Level 5 mempunyai dua elemen utama berbanding dengan pemimpin level 4. Saya belajar seorang pemimpin level 5 mempunyai personal humility dan juga personal will iaitu pemimpin itu mempunyai sifat sentiasa merendah diri. Apabila organisasinya berjaya, pemimpin itu akan sentiasa memberi kredit kepada pengikutnya. Apabila gagal dalam sesuatu pula,pemimpin level 5 ini juga akan bertanggung jawab untuk memperbaiki kelemahan tersebut. 

Saya juga belajar seorang pemimpin level 5 juga mampu mengenalpasti individu yang tepat sebelum berkongsi misi dan strategi organisasi. Pemimpin  ini juga menggunakan konsep hedgehog iaitu mengenalpasti passion, adalah perkara itu boleh dikategorikan sebagai "best in the world" dan juga dapat memberi keuntungan. Pemimpin level 5 ini juga mempunyai disiplin yang tinggi dan mampu menggunakan teknologi yang bersesuaian. Selain itu, pemimpin level 5 ini juga sentiasa memberitahu kebenaran kepada pengikutnya tanpa berselindung. Terima kasih Dr atas pengalaman yang berharga.


Pada malam ini juga merupakan pembentangan daripada kumpulan 5 yang sangat menarik tentang kepimpinan transformasi. Pembentangan mereka menarik dan mudah difahami. Tahniah kumpulan 5.❤️๐Ÿ˜Š


Refleksi 24 Disember 2020

WARNNIE MUSAH (MPP201072)

Saya belajar tentang kepimpinan karismatik dan bagaimana menggunakan pendekatan yang berbeza dalam satu situasi. Pemimpin yang berkarisma mempunyai pengaruh yang besar ke atas sesebuah organisasi dan juga individu. Tahniah kumpulan 4 atas pembentangan yang baik. (Akan ulang balik video untuk kelas kali ini sebab banyak saya terlepas๐Ÿ˜…๐Ÿ™)

 

Refleksi 17 Disember 2020

WARNNIE MUSAH (MPP201072)

Saya sangat seronok belajar. Malam ini saya belajar perbezaan antara pasukan dan juga kumpulan. Apa yang saya perlu capai adalah semangat berpasukan iaitu harus saling menyokong antara satu sama lain dalam satu organisasi. Saya juga belajar bagaimana menangani orang yang mempunyai masalah seperti bersikap pendiam serta tidak fokus dalam mesyuarat. Saya juga belajar bagaimana pendekatan yang sesuai untuk menghentikan seseorang pemimpin yang kerap mengadakan mesyuarat dan juga mengambil masa terlalu lama semasa mesyuarat.

Pada minggu ini adalah giliran kami untuk membentangkan topik kami Leader-Follower Relationship dan saya sangat gembira dapat bekerjasama dengan Cikgu Thava dan En Izam sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya bangga menjadi sebahagian daripada pasukan ini kerana kami dapat saling bertukar-tukar idea dan pendapat. Terima kasih kepada kawan-kawan lain yang sporting menjawab soalan kami.

Tips tambahan dari Dr Jamilah - harus mempunyai pendekatan yang berbeza dan baik untuk menangani pemimpin, approach kena betul.


Refleksi 3 Disember 2020

WARNNIE MUSAH (MPP201072)

Hari ini saya belajar tentang Kepimpinan Pemimpin-Pengikut. Saya juga belajar tentang teori Dyadic, LMX Life Cycle serta pemimpin yang mempunyai ciri-ciri karismatik. Saya sangat suka topik ini kerana saya sendiri merupakan pengikut yang sukakan pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti ini. Saya juga belajar tentang konsep in-group dan out-group dalam kuliah kali ini. Sungguh seronok bila kita dapat mengetahui saya dalam kategori yang mana dan saya terfikir cara bagaimana untuk membawa kumpulan out-group ini untuk masuk dalam kategori in-group. Terima kasih Dr Jamilah.


Refleksi 19 November 2020

WARNNIE MUSAH (MPP201072)

Hari saya belajar tentang model kepimpinan kotigensi dan juga teori kepimpinan yang dapat memacu kepada matlamat. Saya juga belajar ciri-ciri seorang pemimpin pada abad ke-21. Saya rasa model kepimpinan jenis ini juga boleh diaplikasikan pada situasi-situasi tertentu.Saya sangat seronok mendengar pengalaman Dr Jamilah semasa beliau menjadi guru, saya sangat terinspirasi dan saya akan cuba buat yang terbaik untuk menjadi seorang guru yang memahami murid-murid.


Refleksi 22 October 2020

Hari ini saya bertemu dengan Dr Jamilah dalam kelas online. Dr Jamilah menerangkan tentang pengenalan kursus Dynamics of Leadership. Selain itu Dr Jamilah menerangkan tentang teori kepimpinan dan juga sejarah pemimpin yang paling berpengaruh di dunia. Saya sangat suka akan kelas ini dan tidak sabar untuk menunggu kuliah yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Welcome to Dynamics of Leadership UPPF 6033

Welcome to my online portfolio. This e-portfolio is created to fulfill the assessment given for the subject Dynamics of Leadership UPPF 6033...